Pasal apa ? Baca seterusnya di bawah.
Bila? 2 Julai 2009 6.30 pm Pacific/ 9.30 PM Eastern/ 3 Julai 9.30 am Malaysia Insha-Allah
Sesi ini akan membincangkan kempen merebut pahala bagi mencontohi generasi berjaya pada zaman Nabi dan sahabat.
Bagaimana nak sertai?
1. Reserve seat anda di https://www2.gotomeeting.com/register/876568219
2. Nanti anda akan diberikan info untuk menyertainya
3. Baca artikel berkaitan di http://www.almuntalaq.com/2009/06/26/pertandingan-merebut-pahala/
Slot ini ialah sebahagian daripada program MasterPIES yang sedang dikendalikan bagi peserta di US.
Golongan terdahulu berebut untuk membuat kebaikan dan mengaut pahala. Mereka digolongkan sebagai ‘as-saabiq ul awwaluun’ dan ‘champion’ dalam mengejar keredaan Allah. Bagaimana kita boleh mencontohi mereka? Mengapa perlu jadi seperti mereka? Apakah kesan individu yang berebut ganjaran Allah di atas muka bumi ini? Slot ini akan membincangkan bagaimana anda boleh melonjakkan kecemerlangan diri dengan melihat sejarah dan seerah. Dan ia adalah kempen yang berbentuk praktikal zaman teknologi.
Fokus pada minggu ini ialah untuk mengetahui psikologi dan teknik ‘berebut pahala’ tersebut:
- Benarkah yang masuk ke syurga firdaus itu hanya golongan profesional dan bijak sahaja?
- Bagaimana mencapai kecemerlangan di dunia boleh memberi hint kepada tahap kejayaan kita di akhirat?
- Bagaimana menggunakan teknologi sekarang untuk membuat pahala secara terus menerus?
- Tahukah anda pelaburan yang mendatangkan keuntungan lebih 70,000% ? Namun tak ramai yang memilihnya.
- Dan kempen ini akan memberi ruang kepada anda membina networking dengan ‘perebut-perebut pahala yang lain’.
Jangan lepaskan peluang. Tempat adalah terhad. Sila reserve di https://www2.gotomeeting.com/register/876568219


